Wa'alaikumsalam wbt..(sure korang terlupa nak jwp kalo xde kan???)
Agak-agak kenapa entri kali nie saya nak bincangkan pasal isu ini??? Anda rasa...kuikuikui. Ok, back to topic. Saya rasa Cinta & Remaja memang tak boleh dipisahkan. Umpama lagu dan irama. Macam lirik lagu P.Ramlee tu...hee~ Nak tao kenapa? Sebab pada usia remaja nielah mereka nak kenal macam-macam benda. Pendek citer benda-benda yang tak dimasuk dek akal,bnda karut-marut nie. Jadi, Cinta tu pon karut-marut ker..???
Okeyh, sebab tulah saya tulis entri nie. Nak kupas pasal Cinta & Remaja. Apa definisi Cinta bagi anda?
Remaja 1: Cinta..Cinta itu universal. Cinta dengan Pencipta, Cinta kepada Rasul, Cinta kepada ibu bapa, Cinta kepada rakan-rakan dan bla n bla n bla.. Kalo nak diterangkan satu persatu pon susah,kerana ia bersifat semulajadi.
Remaja 2: Cinta to me is nothing. Is like that feeling a man towards woman..Maybe a desire tok keperluan masa kini. Semua orang rasa perlu ada girlfren or boyfren aka Coupling. (cuba korang tgk kamus adaker kosa kata bg perkataan ini?!)
Ini mungkin jawapan dari dua orang remaja yang berbeza pendapat n latar belakang keluarga dan agama. Tetapi antara kedua-dua jawapan itu kita boleh terimakan. Memang Cinta itu universal, bersifat semulajadi, keperluan juga betol. Erk ! kalo tak der rasa tu maybe something wrong somewhere. Huhuhu. Okeyh-okeyh, sila serious. Serupa paragraph pertama saya tu, bila namanyer remaja mereka akan cuba pelbagai perkara. Salah satunya BerChenta. Saya tak kata cinta itu salah dan saya tak kata pon salah kalo anda sedang dilamun cinta. Bak kata kawan saya "ada aku kesah?" Cuma yang jadinyer kesalahan itu bila anda salurkan pada benda yang tidak betol. Umpama batang paip yang lurus teros ke kawasan kumbahan dengan batang paip yang berbentuk S bengkang-bengkok mengambil masa untuk sampai. (Logikkah perumpamaan itu???Suka hati denlah) hohohoho..
Di sini bukan apa, cuma saya nak terangkan memang ramai remaja yang sedang hangat berchenta. Saya tak tipu kanan tipu kiri. Kiri kanan kawan-kawan saya sedang bercinta. Jadi sebagai seorang yang sedang memahami apa itu Cinta, saya tumpang gembira. (Cewwah! xleh bla) Saya suka bila lihat kawan-kawan saya gembira bila mereka dah ada pasangan sendiri, ada tempat untuk kongsi angan sama-sama, dan paling penting untuk dijadikan sebagai teman hidup dunia dan syurga ! Saya mengaku, dulu saya merasakan tidak perlu bercouple,tidak perlu ada boyfren kerana merasakan semua itu hanya membuang masa 1, bila dah start gado-gado masalah timbul dah 2, lepas tu break-up dah 3! Itu masa pemikiran pra-matang ya. Harap maklum. Tapi jangan ingat pulak saya kata yang saya ini dah nak start bercouple ! Tidak. Cuma saya sudah boleh terima kawan-kawan yang sedang berlambung-lambung oleh cinta. Itu sahaja.
Akhir kalam bagi saya CINTA itu adalah fitrah yang Allah tiupkan kepada setiap hambaNya. Sebagai manusia biasa saya tidak boleh menidakkan perasaan itu. Begitu juga anda. Cuma sebagai manusia yang berpegang pada kalimah Allah, Muhammad itu pesuruh Allah, dan Iman dan Islam sebagai tunggak utama.., pikir-pikirlah sendiri. Allah dah bagi akal gunakanlah untuk fikir mana yg baik mana yang buruk. Bak kata Nabil Lu pikirlah sendiri. Saya tak kesah anda nak berchenta sakan sekali pon. Hanya Allah jangan lupa serta hanyut dan lalai sebab cinta yang tidak kekal. INGAT ! Jadikan Cinta Allah sebagai prioriti utama. Ni pon nak ingatan diri sendiri. Almaklumlah nama pon manusia. Takut dilupakan apa yang dikatakan.
Sooo.., selamat menempuh alam percintaan n alam bahagia. Kalo dah rasa-rasa nak sedekah nasi minyak tu jemputlah ya. Kalo sudilah..;) hihihihihihi
No comments:
Post a Comment