Seperti yang di janjikan bahawa saya akan merajinkan dr untuk m'updatekan blog ni. dan Akhirnya saya berjaya tunaikan. Kredit to me! Ahaks.
K post kali ni saya nak kongsi sket. Yang ni hasil tazkirah suboh yg saya pergi besama-sama...hee~adalah! Tazkirah pg tu pasal isu Palestin. Sangat-sangat x sangka masjid aritue akan mengundang seorang ustad tok menceritakan pasal isu tersebut. Maybe sekarang orang ramai especially org Islam sudah sedar tentang kesengsaraan saudara mereka di Al-Aqso. Alhamdulillah. Hal ini kerana baru2 ni (xdelah br,dlm 3 mggu lps)tempat universiti saya belajar sedang hangat kempen kesedaran Palestin. Itu sebab saya takjub bila nazir masjid wat program ini. Syukur 21. Kalau dulu ustad tu cerita bila mereka datang ke masjid untuk kutip derma pengerusi msajid tu kata "Apa kena mengena hal ini dengan saya?" Masya-Allah betapa jahilnya mereka. Tapi sekarang tengoklah bukan saja masyarakat Islam tetapi masyarakat dunia bangun dan menentang kekejaman yang telah Israel lakukan di bumi Anbia itu. Subhanallah! Ustad tersebut ada menjukkan video sebelum n selepas Palestin dirampas oleh Israel laknatullah. Sungguh ! sangat sedeyh bila tengok keadaan mereka di sana.
Nabi pernah bersabda "Sesungguhnya solat di Masjidil haram bersamaan dengan 100,000x solat di tempat lain, di masjidku Masjid Nabawi bersamaan dengan 1000x solat, dan solat di majid al-Aqsa bersamaan dengan 500x solat.
Nah ! ini menunjukkan bahawasanya Palestin merupakan kota terpenting bagi umat Islam. Tetapi kenapa masih tak bangun-bangun lagi..,especially kepada belia-belia di Malaysia. Anda patut bersyukur kerana kita hidup dalam aman dan harmoni. Janganlah cemarkan ia dengan perkara-perkara yg blh membangkitkan kemurkaan Allah. Anda sendiri pon tahu kan...:) Jadi bangkitlah anda semua dari lena yang panjang,angan-angan yg tidak akan abis dan nafsu yg bermaharajalela. Bangkitlah dan carilah pahlawan-pahlawan seperti Salahuddin al-Ayubi dan Saidina Umar al-Khattab yang telah membebaskan kota al-Quds dari Kristian Katholik.
Isu Palestin ini sampai bila pon tidak akn habis bila sampai masanya janji Allah itu. dan Janji Allah itu benar dan semakin hampir dengan kita. Dari Abu Hurairah Rasulullah bersabda, "tidak akan terjadinya kiamat sehingga umat Islam berperang dengan Yahudi, orang Islam akan membunuh orang Yahudi sehingga mereka menyorok di belakang-belakang batu dan pokok. Maka batu dan pokok itu pon berkata, Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku,maka bunuhlah ia. Kecuali pokok gharkad kerana itu adalah pokok yahudi"-Riwayat Muslim
Jadi bila Islam akan mencapai kemenangan di bumi al-Quds??? Wallahualam..hanya dia saja yg tahu.
p/s : insyaAllah untok post yg akan datang saya akan update barang-barang yang perlu di boikot dan apa yang perlu dilakukan.Jadi ikhlaskan hati anda ya ;)
No comments:
Post a Comment