skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
hanamuslim
born in islam community, family n friends dat lurve me.alhamdulillah.juz a simple person n want 2 gained knowledge n share some info dat i may know. ^-^
View my complete profile

Archive

  • ►  2011 (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2010 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ▼  May (2)
      • Ziarah Ke Alam Barzakh
      • ~jalan..Jalan..jalan..~
    • ►  April (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)

My Blog List

Followers

Links




Gratisan Musik

Labels

  • luah hati (5)
  • my diary (9)
  • renung2kanlah.. (3)

Feeds

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
Comments
Atom
Comments

Labels

  • luah hati (5)
  • my diary (9)
  • renung2kanlah.. (3)

Search This Blog

...hanamuslim...

Wednesday, May 19, 2010

Ziarah Ke Alam Barzakh

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...kerna hari ini ALLAH masih meminjamkan oxigen kepada kita untuk menyedut udara yang begitu nikmat kepada kita sebagai manusia. Post kali ni saya nak bekata tentang janji yg pasti kepada kita-manusia,iaitu MATI.



Mati itu pasti kerana itu janji Allah kepada setiap manusia. Dan setiap manusia itu pasti merasakan mati walaupun cara mati itu berbeza. Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa bergantung kepada amal soleh ketika hidup. Jika masa hayatnya banyak melakukan zina,dosa atau membelakangkan Allah, Malaikat Izrail hanya melakukan dengan kasar. Ya Allah...,aku meminta padaMu jauhilah aku dari menderhakaiMu ! Dan begitu juga dengan sebaliknya,jika masa hidupnya seorang yang banyak melakukan amal soleh, Malaikat akan mengambil nyawa dengan cara selembut-lembutnya dan dengan berhati-hati. Namun demikian, saat nyawa terpisah dengan raga amat menyakitkan.


Sakitnya sakaratul maut itu umpama 300X sakitnya dipukul pedang (H.R Ibnu Abu Dunya)


MasyaAllah...begitu sakitnya mati itu.Sudah bersediakah kita???Kedatangan mati ini tidak perlu mintak kebenaran dari kita.Kecuali Nabi Muhammad, Malaikat Izrail datang dengan begitu berhemah. Sebelum masuk ke rumah Rasulullah,Malaikat memberi salam dan meminta kebenaran dari Rasulullah saw untuk mencabut nyawanya. Begitu hormatnya Malaikat pada kekasih Allah seorang ini. Saat Malaikat Izrail mencabut nyawa, tidak perlu diceritakan betapa sakitnya walaupon sudah dengan cara selembut-lembutnya. Sesengguhnya Nabi Muhammad saw mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Kemudian baginda memasukkan tangan ke dlm gelas itu dan menyapukan di wajahnya sambil berdoa :
"Ya Allah,semoga Tuhan mempermudahkan sakaratul maut ini terhadap saya" 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini baru cerita tentang kekasih Allah. Bagaimana pula kita hanya sebagai manusia biasa yang sudah pasti dosa tidak terhitung. Dengan mengingati mati hati akan menjadi lembut dan menghancurkan ketamakan dunia. Kerana Rasulullah ada bersabda "Perbanyakkan kalian mengingat pemutus kelazatan,iaitu kematian" Hadis Riwayat Abu Hurairah. Dengan meningat mati kita akan takut untuk melakukan dosa serta maksiat. Selain itu, mengingat mati di kala sempit akan melapangkan dada dan ketika senang ia tidak akan lupa diri dan mabuk kepayang. Dengan ini, ia dalam siap sedia untuk pergi.

"Tiap-tiap yang berjiwa pasti merasakan kematian. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu
 dikembalikan" QS 29:57

Saat perpisahan itu pasti tiba. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Jadi persiapkanlah diri kita dengan amal soleh dan kebaikkan. Kerana kita bakal  dihakimi oleh Hakim yang  Adil lagi Bijaksana.

p/s : Nasihat yang baik kepada kehidupan adalah kematian











Posted by hanamuslim at 7:32 PM
Labels: renung2kanlah..

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by FreyjaSilver

Digi-Scrap byGrunge and Glitter