Kejadian 1~ (message)
Makcik Aiza: Babe, nak sampai 1 berita x baik ni.. Ayah Afirah yg kwn mama tu meninggal dunia pg td. Kena heart attack.Saya: Innalillah.. Afirah 1 kelas s.circle 2 kan? Mengejutke mmg dah lama sakit..?
Makcik Aiza: Ha'ah, ayah dia xsakit pon. Kena mengejut, pastu operate. Meninggal time operation. X dpt diselamatkan lg..
Kejadian 2~ (dlm blk)
Cek bela: Awk, hari ni saya dpt 2 berita meninggal dunia!
Saya: Hah! Tao x ayah afirah meninggal? Pg td..
Cek bela: Tao.., yg lg sorang kwn, ayah ank murid dia. Dia jadi tutor. Sbbnya heart attack juga..
Saya: Innalillah wa inna ilaihiraji'un...
Dalam masa sehari saya dpt 2 berita meninggal dunia! Terkejut memang terkejut. Tetapi ajal maut semua di tanganNya. Dan janji Allah itu pasti. Kalau kalian perasan.., ramai lelaki mati disebabkan sakit jantung atau nama spesifiknya heart attack. Hari ahad lepas pelakon Zami Ismail atau dikenali Pak Uda meninggal dunia juga disebabkan sakit jantung. Tetapi post kali ni saya bukan nak huraikan sebab2 kenapa lelaki mudah kena heart attack. (kalau nak tahu silalah wat research sendiri eh.. Hehe)
Ok, back to topic! Entry sbnrnya adalah saya nak cakap kita hidup di dunia ni belom tahu sampai ke tidak umur lepas 100 tahun. Dah tentu topik saya pasal MATI! Tapi kalian kena ingat, walau sejauh mana pun kita cuba elak nak cakap pasal mati, malaikat Izrail tak bagi warning pon. Malaikat nak cabut senang jer.. Time kita tengah duduk, bergelak ketawa tengok runningman malaikat nak cabut, cabut jer.(Allah! matikan lah kami dalam iman ya Allah) Jadi arwah sudah..
Mengingat mati itu akan membuatkan kita rasa takut untuk melakukan dosa. Jadi saya nak cuba remindkan diri sendiri, kawan2 sekalian cuba check balik amalan kita. Sudah berani ke nanti kita nak menghadap Allah? Amalan2 semasa di dunia sudah cukupkah nak menampung segala dosa2 yang dibuat..? Astagfirullah'alazim... Rasa2nya kalau Allah ambil nyawa saya sekarang, pasti saya akan mintak Allah kembalikan saya ke dunia balik. Tapi dalam istilah orang puteh "No turning back!" samalah juga dengan Allah. Bila sudah mati, tiada lagi boleh kembali ke atas muka bumi ini...
Kesimpulannya, sebagai manusia yang masih bernafas di atas muka bumi ni, kita patut menggunakan masa sebaik2nya untuk buat segala amalan yang baik2. Iya, andai kata saya pergi dulu..saya mohon ampun dan seribu maaf kepada semua especially famili, guru2,kawan2, jiran2 dan siapa2 yang mengenali diri ini. Saya pon manusia biasa jugak, tanpa sedar mungkin pernah menyakiti sana sini atau di mana2. 1000 appologize from bottom of my heart..<3
p/s: Orang kata nak pergi jauh ni kadang2 tidak sempat nak sampai ke destinasi di tuju atau balik semula ke tempatnya. Tetapi ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami ini dan semoga kami pergi dan kembali dengan selamat :)