(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Bila dengar nasyid ni sendu rasanya. mana tidaknyer Rasulullah,kekasih Allah,nabi terakhir untuk umat ini akhirnye akan meninggalkan kita semua untuk selama-lamanyer.
Dan begitu juga dengan kisah yang ingin ku kongsikan.Tanggal 14 November 2009 merupakan tarikh yg tidak akan kami sekeluarga akan lupakan.Pada tarikh tu couzinku, Akmal meninggalkan kami semua..,buat selama-lamanyer.Beliau telibat dlm accident bersama moksuku(mama), 2 adiknyer n seorg sepupu mereka. Beliau meninggal di tempat kejadian ! Oh sukar untuk dipercayai. Mama koma selama 5 hari n kemudian dia mengikut langkah Akmal. Adiknyer lelaki cedera agak parah n sepupunyer cuma retak tangannyer. ALHAMDULILLAH si kecil yang berada di dakapan mama selamat ! Cuma cedera ringan. Maha suci Allah. Sungguh sukarku untuk percayainyer sehingga sekarang. Mungkin bukanku seorang sahaja tp semua ahli keluargaku merasai benda yg sama.
Ku masih ingat lagi akhir 2008 aku n abang(panggilanku kepadanyer) pergi mendaftar utk mengambil lesen kereta. Kami berdua begitu excited,maklumlah dah habis sekolah. Masa tu ummiku yg menemankan kami sbb mama agak buzy time tu. Abang nampak tak sabar dari riak wajahnyer,dia ambil lesen kereta n motor. tak sangka ada cita2 nak amik lesen motor 1200 cc. Ku masih ingat lg reaksi ummiku, terjerit kecil dia mendengarnyer. Kami mndftar sama2 tp belajar laen2 sebab abang masa tu ada banyak urusan. Aku terlebih dahulu mendapat lesen, selang 2 bulan kemudin abang pula. Kalau diikutkan abang memang biasa bawa, tapi hanya di sekitar sini sahaja. Ku ingat yg paling jauh yg pernah di bawanyer ke Beranang. Masa tu hari raya, kami pergi ke rumah besan mok long.
Pada hari sabtu itu adalah perjalanan akhir abang sebagai khalifah di muka bumi ini. Hari akhir bersama kami sekeluarga. Dia ada mengatakan kerisauan untuk memandu jauh ke Johor Bahru pd sepupuku. Tapi kami semua hanya katakn yang dia boleh drive, masakan tidak sudah biasa bawa. Mereka bertolak pada pukul 9 am, agak lewat dr perancangan. Moktehku ada berpesan supaya singgah di rumahnya dulu untuk breakfast, mokdeku juga untuk meninggalkan kunci rumahnyer. Tapi mereka pergi begitu saja, tanpa singgah atau pamitan. Kebiasaannyer jika mereka akan balik kampung pok suku pasti akan singgah sebentar tapi abang sebaliknyer. Umpama sudah tidak sabar2 lagi untuk bertemu dengan Khaliqnyer.
Ya jam 2 petang ! Mok de mendapat panggilan dari pok su. Kami fikir call sebab nak menanyakan Aqil, tp sebaliknyer. Mama accident ! Masya-Allah ! Mahu jatuh ku rasakan. Yang paling sedih bila pok su katakan ada seorang meninnggal tapi tidak tahu siapa. Masa itu aku sudah berpelukkan dengan ateh. Tidak ! mungkin ada kesilapan. Kami tidak putus2 berdoa pada Allah. Mungkin bukan mereka yang terlibat.
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)